Bank Kanada
Bank Kanada

Bank Kanada

Bank Kanada (Inggeris: Bank of Canada; Perancis: Banque du Canada) ialah perbadanan mahkota dan bank pusat bagi negara Kanada.[4] Dipiagamkan pada tahun 1934 di bawah Akta Bank Kanada, badan ini bertanggungjawab dalam merumuskan dasar monetari Kanada,[5] serta menggalakkan sistem kewangan yang selamat dan kukuh di Kanada.[6] Bank Kanada adalah satu-satunya pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas Kanada,[7][8] menyediakan perkhidmatan perbankan dan pengurusan wang untuk kerajaan, serta meminjamkan wang kepada institusi-institusi kewangan Kanada.[9][10] Kontrak untuk menghasilkan wang kertas dipegang oleh Syarikat Wang Kertas Kanada sejak tahun 1935.Ibu pejabat Bank Kanada terletak di Bangunan Bank Kanada, 234 Wellington Street di Ottawa, Ontario. Bangunan ini juga digunakan untuk menempatkan Muzium Bank Kanada, yang dibuka pada bulan Disember 1980 dan ditutup sementara pada tahun 2013. Sehingga Julai 2017, muzium ini kini terletak di 30 Bank Street, Ottawa, Ontario, tetapi dihubungkan ke bangunan utama melalui bilik mesyuarat bawah tanah Bank Kanada.[11]

Bank Kanada

Kadar bank 0.25%[3]
Gabenor Tiff Macklem
Faedah ke atas rizab 0.25%
Dimiliki Menteri Kewangan
bagi pihak Mahkota[1]
Timbalan Gabenor Kanan Carolyn A. Wilkins
Koordinat 45°25′15″N 75°42′11″W / 45.42088°N 75.702968°W / 45.42088; -75.702968Koordinat: 45°25′15″N 75°42′11″W / 45.42088°N 75.702968°W / 45.42088; -75.702968
Bank pusat bagi  Kanada
Rizab AS$ 69.080 juta[2]
Ibu pejabat Bangunan Bank Kanada
Ottawa, Ontario
Laman web www.bank-banque-canada.ca
Ditubuhkan 1935; 86 tahun yang lalu (1935)
Mata wang Dolar Kanada
CAD (ISO 4217)